NADI Care-Studio Sihat-Tanda Badan Kurang Air

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Care Studio Sihat iaitu Tanda Badan Kurang Air. Video pendek ini menerangkan mengenai tanda-tanda hidrasi. Tanda pertama ialah rasa dahaga, bila deria rasa hantar rasa dahaga ke otak, ia bermakna sel badan anda sudah masuk ke fasa dehidrasi ringan.

Tanda kedua ialah selalu rasa sakit kepala bedenyut (blood volume drop), ini bermakna isipadu darah menurun dan jantung kerja lebih kuat, otak pun sedikit mengecut sebab itu kepala berdenyut dan jadi blur. Apabila tahu badan kering, jangan teguk air laju-laju, minum perlahan-lahan. Untuk mengekalkan air di dalam badan normal, pastikan minum air 8 gelas ke atas setiap hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali